Ikutlah Kami Di Sini

Sunday, 10 April 2011

Rintihan Kasih 3

Selang beberapa hari, Jamilah Pulang ke rumah ditemani suaminya yang tercinta.


Hidup mereka kembali seperti dulu kala. Keluarga bahagia adalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka. Setiba dirumah.


"Sayang, meh abang papah Mila masuk bilik berehat. Sayang lemah lagi badannya ni." Kata Ramdan sambil tersenyum. Jamilah hanya tersenyum lebar. Ramdan memapah isterinya masuk ke bilik. Ramdan menyediakan air dan makanan untuk Jamilah. Saat manis mereka bersama.


Selang beberapa minit, "tingtong...tingtong..." loceng rumah mereka berbunyi. Ramdan terpinga-pinga. "Siapa tu bang?" Kata Jamilah. " Entah la sayang, abang pun tak pasti siapa. Abang buka pintu jap." Dengan keadaan tergesa-gesa Ramdan membuka pintu. Alangkah terkejutnya Ramdan seolah-olah nampak hantu dihadapannya! Mata Ramdan tidak berkelip walau sekalipun. Rupanya ada manusia tidak berhati perut membuang anak kucing dihadapan rumahnya. Ramdan bergegas berlari keluar melihat manusia mana yang begitu kejam sanggup buang anak kucing ni. Tiada kelibat manusia pun diluar. Ramdan agak hairan apa yang berlaku pada dirinya.


"meoww...meow..." Ramdan sebak seketika. Dia ambil anak kucing itu yang sudah berada dalam kotak dibawa masuk kedalam rumah. Kebetulan Ramdan ada susu didalam peti ais rumahnya. Ramdan isikan susu itu kedalam bekas kecil. Kemudian bekas yang diisi air susu itu diletakkan dalam kotak kucing itu. Ramdan belai anak kucing itu dengan penuh kasih sayang. Pada mulanya Ramdan tidak perasan apa yang kurang terhadap anak kucing tu. Kaki kiri belakang anak kucing itu kudung! "Kurang ajar! Kau tunggu balasan akhirat nanti!" Ramdan menitiskan air mata. Kucing yang kurang sifat itu di bawa naik untuk diperlihatkan isterinya. Selangkah Ramdan masuk kebilik, isterinya melihat muka Ramdan serta air matanya yang berlinang menitis kebawah.


"Kenapa ni bang?" Kata Jamilah
"Anak kucing ni sayang, Kaki dia kudung sebelah..." Dengan nada yang sebak
"Kerja siapa ni bang!" Tegas Jamilah
"Entahlah sayang, kerja orang tak berhati perut!" Ujar Ramdan lagi
"Kita jaga anak kucing ni bang sampai dia besar." Air mata Jamilah berlinangan. Mereka berpelukan. "Meoww...Meoww..." 


Suasana suram menyelubungi hari mereka, dugaan dan cabaran datang tanpa henti dalam hidup meraka. Ketabahan mereka untuk meneruskan hidup ini cukup kuat dengan munculnya seekor anak kucing yang kurang sifat. Anak kucing itu dibelai manja, makan dan minum diuruskan oleh keluarga itu. Kebahagian mereka hanya sementara. Hayat anak kucing itu hanya mengisi kebahagian pasangan itu untuk seketika. Inilah lumrah kehidupan. Mereka meratapi kesedihan.


(2 bulan berlalu)


Ramdan mula bekerja dan melangsaikan kesemua hutangnya. Jamilah kembali pulih dari kecelakaan yang menimpanya 2 bulan yang lalu. Jamilah menjadi suri rumah sepenuh masa. Ramdan bekerja keras mencari nafkah untuk mereka berdua. Jamliah mula masak masakan kegemaran Ramdan ayam masak merah. 


"Mesti laki aku suka apa yang aku masak hari ni." Kata Jamilah


Selesai masak, Jamilah mula mengemas rumah dan membersihkan apa yang paut. 


"Ni dah pukul 5, jap lagi Dan balik. Lebik baik aku siapkan makanan dulu, mesti dia balik dia lapar." Jamilah mula menghidangkan makanan di atas meja.


( Jam menunjukkan pukul 6.30 pm)


"tingtong...tingtong..." Loceng rumah mereka berbunyi
"Assalamualaikum." Kata salam dari Ramdan
"Waalaikumsalam. Abang dhbalik, mari Mila pegang beg abang." Kata Jamilah


Ramdan melangkah masuk kerumah.


"Sedapnya bau sayang, masak apa hari ni?" Kata Ramdan
"Special bang... Terbaik dari Mila, bukan terbaik dari ladang tau bang." Mila gelak besar


Ramdan pun tergelak besar dengan gurauan isterinya. Jamilah mula menyenduk nasi untuk Ramdan, lauk pula Jamilah sendukkan.


"Makan la bang, lauk kesukaan abang kan." Ujar Jamilah
"Sedap wooo... Jom makan sekali sayang" Kata Ramdan
"baiklah bang." Jamilah mula menyenduk nasi dan lauknya. Mereka makan sambil bergurau senda.


"Abang, dah lama kita hidup berdua. Sunyi sangat rumah ni bang." Kata Jamilah tapi Ramdan mula tersimpuh malu. "Nanti abang kawen lagi satu, so Mila tak la bosankan. ada teman main keja-keja dalam rumah ni." Ramdah mula gelak besar
"Abang jahat la!!! NAk majok lama-lama!!! hurrmmmm!!!" Jamilah mula nak bermanja
"Ala manja sayang, abang gurau je la sayang." Kata Ramdan
"Nak Majok gak!" Jamilah mula tersengih. 
"Hehe... Mila, abang nak mandi jap. Mila tolong kemas ek, badan abang dah gatal ni." Kata Ramdan
"Baik la bang." Kata Jamilah. Setelah selesai kemas Jamilah masuk ke bilik dan mengemas bilik.


( Jam menunjukkan pukul 8 pm )


Ramdan selesai mandi dan pakai baju. Jamilah pula baring atas katil.


"Mila, urut bahi abang ni sayang. Lenguh la." Kata Ramdan 
"Ok bang." Mila tersenyum
"Sedapnya sayang abang urut, mengantuk la pulak. Hehe..." Ramdan tersengih mana
"Mengada!!!" Kata Jamilah.


( Lampu terpadam )


Keesokan harinya. Ramdan memulakan rutin hariannya pergi kerja dan Jamilah mula mengemas rumah.


(AKAN BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment