Ikutlah Kami Di Sini

Saturday 9 April 2011

Rintihan Kasih 2

Ramdan terduduk seketika dan meratapi isterinya dari cermin luar. 


Mengenangkan nasib isterinya, Ramdan terkenang kisah bahagianya bersama isteri tersayang selama 10 tahun yang lalu. Saat manis mesra bersama isteri tercinta. ( Flash Back )


"Abang dah balik kerja, Mila lapar la bang. Jom makan luar?" Kata Mila
"Mila nak makan apa sayang?" Kata Ramdan dengan senyuman manja
"Erm... Mila nak makan seafood! lepas tu nak makan western! hahaha!" Mila gelak besar
"Sayang abang ni nak makan mengalahkan orang mengandung!" Ramdan tersenyum


Ramdan masuk bilik lalu mandi dan bersiap untuk keluar makan bersama Jamilah. Jamilah tersenyum riang kerana dapat makan bersama suami tersayang. 20 minit berlalu, Ramdan turun ke bawah dan masuk ke kereta bersama Jamilah.


"Kita nak pergi mana ni sayang?" Kata Ramdan
"Mila nak makan semua benda yang Mila sebut tadi boleh bang?" Mila gelak kecil
"Ala...botak kepala abang Mila. Tak pasal-pasal abang kene gadai rambut ngan kuku abang ni. Dah la mahal!" Nada gurauan Ramdan
"Ikut abang la nak makan mana pun. Mila ikut je." Kata mila
"Abang bawa Mila pergi tempat special!" Kata Ramdan
"Yahooo!!! sayang abang ketat-ketat!" Mila sorak riang
"Manja betul sayang abang ni ek." Ramdan tersenyum


Ramdan bawa mila makan di hotel 5 bintang. Ala-ala candle light dinner gitu. Kebetulan hari tersebut Ramdan baru keluar gaji. Di dalam kereta mereka ketawa terbahak-bahak sambil bergurau senda. Saat inilah Ramdan tak dapat melupakannya. 


Berlakunya pertengkaran 4 bulan yang lalu, Ramdan sanggup menghempas muka isterinya ke lantai, dipijak-pijak kepalanya, ditunjal-junjal mukanya. Sungguh kejam perbuatan Ramdan. Sesal sekarang tidak berguna lagi. Ramdan kecewa dengan apa yang telah berlaku. Perbuatan Jamilah juga salah kerana menderhaka serta berfoya-foya di kelab malam. Hidup mereka terumbang ambing bak dilambung ombak setinggi langit di awangan.


Ramdan meratapi wajah isterinya yang terlantar di katil. Dia menangis teresak-esak. Wayar penuh di badan Jamilah. "titit....titit..." bunyi mesin pernafasan Jamilah. Ramdan melangkah masuk ke bilik itu.


"Sayang... Bangun sayang... Abang dah datang." Suara Ramdan sanyup kedengaran


Ramdan memegang tangan Jamilah sambil membelai. Ramdan merenung mata Jamilah. Di lubuk hatinya berkata-kata. " Maafkan abang sayang, abang janji abang akan jaga Mila lepas nafas terakhir abang. Bangun la sayang." 


3 minggu berlalu dengan pantas. Ramdan berulang-alik dari rumah ke hospital. Selama itu la Ramdan menjaga Jamilah. Bersihkan badan Jamilah, tukar baju dan sebagainya. Jamilah tanggungjawab sepenuhnya oleh Ramdan sejak Jamilah terlentang di katil. Dengan kuasa Allah, Jamilah tersedar dan menyebut-nyebut nama Ramdan. Bergegas Ramdan pegang tangan Jamilah dan Mengusap-usap dahi Jamilah. "Sayang dah sedar." Ramdan menitiskan air mata dan tersenyum. 


"Nurse! Isteri saya dah sedar!" Jerit Ramdan 
Jururawat yang bertugas memanggil doktor dan melakukan pemeriksaan.
"Alhamdulillah, isteri awak dah lepas tahap bahaya, syukurlah." Kata doktor
"Terima kasih doktor!" Nada gembira Ramdan sambil tersenyum


"Abang, maafkan Mila bang." Kata Mila dengan lemah
"Sayang, abang yang salah dalam hal ni. Lupakan kisah lama, kita buka buku baru yer sayang." Air mata Ramdan mencurah-curah
"Mila sayang abang, Mila janji akan taat setia dengan abang. Only u in my heart!" Mila tersenyum


Selang beberapa hari, Jamilah Pulang ke rumah ditemani suaminya yang tercinta.


(AKAN BERSAMBUNG)