Ikutlah Kami Di Sini

Wednesday, 13 April 2011

Rintihan Kasih 6

"Siapa telefon bang? Dia nak apa?" Kata Jamilah
"Tak ada apa-apa la sayang. Entah siapa entah. Salah nombor kot." Jantung Ramdan berdegup pantas. Ramdan menjadi tak tentu hala, apa yang dikenangkan menjadi kenyataan. Jamilah mengandung 2 bulan, Ramdan mula serba salah.

"Mila mengandung! Muncul pulak intan! DAMNN! Kenapa la benda ni terjadi kat aku." Ramdan termenung sejenak
"Abang... Dah siap masak belum? Mila lapar la bang. Baby pun lapar." Sapa Jamilah dari bilik atas
"Dah siap sayang, tunngu sat... Abang naik atas." Ramdan bergegas ke bilik untuk memapah Jamilah turun ke bawah. Tiba-tiba Jamilah mengajukan soalan yang memeranjatkan Ramdan.
"Perempuan mana call tadi bang?" Tegas Jamilah
"Perempuan? Siapa? Mana ada sayang... Merepek je." Ramdan gelisah
"Mila angkat telefon kat bilik ni tadi. Mila dengar abang sembang dengan perempuan tu." Jamilah mula syak sesuatu
"Errr... Salah nombor kot. Biar je la." Kata Ramdan
"Abang jangan nak main gila dengan saya. Kang tak pasal-pasal terbalik rumah ni bang! Siapa perempuan tu bang!!!" Jamilah mula naik angin
"Mana la abang tau sayang... Jangan marah camni, kesian baby dalam perut tu." Ramdan cuba menenangkan Jamilah
"Pangggg!!!" Tangan Jamilah naik ke muka Ramdan
"Abang tipu! Abang contact lagi Ex abang! Ingat Mila ni apa! Mila bukan budak lagi bang, dalam perut ni anak abang!" Jamilah mula menangis. Ramdan cuba memujuk Jamilah tapi Jamilah tetap berkeras. Ramdan mengusap-usap rambut Jamilah tapi di tepis olehnya. Ramdan jadi serba tidak kena. 

Setiba di meja makan. Jamilah duduk di kerusi dan Ramdan menyenduk nasi dan lauk ke pinggan Jamilah. Ramdan cuba mengambil hati Jamilah kembali.
"Ting tong.... Ting tong..." Loceng rumah berbunyi. Ramdan bergegas membuka pintu. Ramdan terkejut kelibat seorang wanita di hadapan rumahnya. Ramdan sungguh tidak menyangka bekas kekasihnya sanggup mencari Ramdan di rumah.

"Kau nak apa cari aku sampai sini! Aku dah berkeluarga! Ko berambus dari sini sebelum aku humban ko keluar!" Ramdan cukup marak ketika itu
"Kenapa ni sayang, jemput la i masuk if apa-apa pun. Dari jauh i datang nak jumpa u." Intan mula tergedik-gedik. Tiba-tiba suara Jamilah kedengaran.

"Siapa tu bang?" Kata Jamilah 

"Orang jual barang sayang, makan la dulu kejap lagi abang datang." Kata Ramdan dengan yakinnya.

"Lebih baik ko belah! Jangan sampai aku humban ko keluar! Ko tak faham bahasa melayu ke! Jangan sesekali ko nak rosakkan kebahagian aku! Faham!" Tegas Ramdan
"Hei Ramdan! Ingat! I takkan lepaskan u dengan begitu mudah! U dah lupa apa janji u dekat i! Dasar jantan tak guna!" Intan mula mengamuk. Tiba-tiba Jamilah sampai di muka pintu.
"Apa kecoh-kecoh ni! Siapa ni bang!" Nada marah Jamilah
"Entah la! orang gila agaknya!" Ramdan menutup pintu dan menarik tangan Jamilah masuk ke dalam. Suara Intan kedengaran menjerit dari luar.
"Ko tunggu Ramdan! Sampai mati pun ko akan terseksa! Ni SUMPAH aku!" Suara Intan jelas kedengaran oleh Jamilah

Jamilah mula bingung dengan apa yang terjadi, saat bahagianya hanya untuk seketika. Seolah-olah tak ada pengakhiran bagi hidup Jamilah dan Ramdan. Setiap masa datang la musibah-musibah yang tidak di ingininya.

"Apa ni bang! Dia main sumpah-sumpah lagi! Siapa perempuan tu bang!" Kata Jamilah
"Biar je la sayang, abang pun tak kenal siapa. Tiba-tiba dia cakap camtu." Ramdan menjawab dengan tenang
"Abang jangan tipu saya! Praangggggg!!!" Jamilah menghempas pinggan makanannya ke lantai. Pecah berderai pinggan itu, Ramdan mula mengutip serpihan kaca dan makanan Jamilah. Jamilah berlari masuk ke bilik dan mengunci pintu.

(AKAN BERSAMBUNG) 

No comments:

Post a Comment