Ikutlah Kami Di Sini

Friday, 8 April 2011

Rintihan Kasih

Jamilah dan Ramdan hidup bahagia selepas mendirikan rumah tangga hampir 10 tahun tanpa melahirkan seorang cahaya mata. Kehidupan mereka cukup selesa dan mewah. Kerja dan kerja itulah hidup mereka selama 10 tahun. Seawal jam 5 pagi mereka keluar dari rumah untuk pergi kerja dan selewat jam 10 malam baru mereka pulang. Sabtu dan Ahad masa mereka bersama tapi apakan daya masa tu terbuang begitu sahaja. Mereka luangkan masa bersama kawan-kawan yang tiada faedahnya. 

Hari demi hari keadaan ini berpanjangan tanpa berkesudahan selama berbulan-bulan. Keluarga yang bahagia selama 10 tahun punah begitu sahaja. Kebarangkalian untuk mereka bersama seperti dulu kala amat jauh sekali. Mereka hanyut dan hanyut seperti sungai yang mengalir deras tanpa benteng yang kukuh. Pergaulan mereka semakin bebas, kerjaya pula mereka abaikan. Jamilah sudah mula menjejakkan kaki ke kelab malam manakala Ramdan mula meneguk arak tanpa memikirkan dosa dan pahala. Hidup mereka bergelumang dengan dosa. Setelah puas menikmati keseronakan dunia, mereka pulang ke rumah dengan keadaan yang tidak terurus! Mereka tidak menegur satu sama lain dan tidur pun berasingan. Jauh Panggang dari api!!!

Bermula kisah mereka dengan pergaduhan, Ramdan mula memukul Jamilah tanpa belas kasihan seolah-olah Jamilah seekor binatang! "Abang jahat! Sampai hati abang pukul Milah!" Kata Jamilah. "Kau berfoya-foya dengan jantan lain dekat luar! Kau ingat aku tak tahu!" Kata Ramdan. Jamilah mula derhaka terhadap suaminya manakala Ramdan mula meluat melihat gelagat Jamilah. "Milah benci abang! BENCI!" Kata Jamilah. Jamilah berlari meninggalkan rumah. Ramdan terkilan dengan apa yang telah terjadi. Titisan air mata Ramdan membasahi bumi.

3 bulan telah berlalu, Ramdan duduk keseorangan di rumah. Hutang keliling pinggang, kerjaya ditinggalakan begitu saja. Jamilah tidak pulang ke rumah semenjak pergaduhan mereka 3 bulan yang lalu. Ramdan sedih terkenangkan kisah hidupnya. "Kenapa terjadi kat diri aku! Apa salah aku! Ya Allah, ampunilah dosa hamba mu ini." air mata Ramdan mencurah-curah keluar. "Aku nak cari isteri aku! Tak kira ribut petir sekalipun aku akan bawa isteri ku balik!"

Ramdan cari sampai gila dari rumah kawan-kawan isterinya sehingga la rumah mak mertuanya. Ramdan malu dengan kisah hidupnya. Sepatutnya die seorang ketua keluarga mampu menjadi pemimpin yang baik tapi semuanya punah. Sehinggakan mak mertua Ramdan menanyakan khabar anaknya. "Kau balik seorang je Dan? Jamilah mana?" Kata mak mertua Ramdan. "Ermmm... Jamilah ada kerja mak, sibuk sikit. Dan balik ni pun nak jenguk mak sebab dah lama xbalik sini." Ramdan terpinga-pinga dan bingung. 

Selang beberapa hari Ramdan tinggalkan kampung. Tidak lama kemudian Ramdan mendapat satu panggilan dari hospital.
"Assalamulaikum, En. Ramdan?" Pihak hospital
"Waalaikumsalam, yer saya. Ada apa encik?" Ramdan bingung
"Jamilah Saidon isteri encik?" Pihak hospital
"Yer!!! Kenapa encik!!!" Ramdan mula gelisah
"Isteri encik sekarang di ICU." Pihak hospital
"Kenapa dengan isteri saya encik?" Ramdan menitiskan air mata
"Encik datang la sini, nanti saya ceritakan." Pihak hospital

Ramdan bergegas ke hospital dengan pemikiran yang bercelaru. Baju di basahi dengan air matanya yang xberhenti mencurah-curah. Setibanya di hospital. Ramdan bergegas ke kaunter pertanyaan. "Mana isteri saya!!!" ramdan dengan nada yang cemas. "Nama isteri encik?" Jururawat yang bertugas. "Jamilah Saidon!!!" Kata Ramdan. " ICU wad merah bilik 7 encik." kata jururawat. Ramdan berlari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling dengan mengalirnya air mata Ramdan tanpa henti.

Ramdan melihat isterinya terbujur kaku di katil ICU. Ramdan terkedu. "Ya Allah! Ujian Mu cukup menduga hati ku." 

Doktor yang merawat Jamilah menepuk bahu belakang Ramdan. "En. Ramdan?" Kata Doktor
"Yer saya!!! Kenapa dengan isteri saya doktor?!!" Ramdan cemas
"Isteri awak kritikal akibat dilanggar kereta petang kelmarin."Doktor perjelaskan
"Macam mana boleh terjadi doktor!" Kata Ramdan
"Masa tu isteri awak melintas jalan dan sebuah kereta meluru laju dan melanggar isteri awak. Tabahkan hati En. Ramdan." Kata Doktor

Ramdan terduduk seketika dan meratapi isterinya dari cermin luar. 

(AKAN BERSAMBUNG)