Ikutlah Kami Di Sini

Thursday, 14 April 2011

Rintihan Kasih 7

Jamilah menangis teresak-esak, dia tidak menyangka Ramdan menipu dirinya. Jamilah cukup terkilan dengan perangai suaminya. Kepala Jamilah masih teriang-iang akan wajah wanita itu, perasaan marahnya berkobar-kobar dek di panah petir. Ramdan cuba memujuk Jamilah tapi tidak berhasil. Jamilah seolah-olah putus asa akan kehidupannya sekarang. Dia bingung apa yang terjadi pada dirinya.

"Sayang, buka pintu ni sayang... Jangan macam ni sayang." Pujuk rayu Ramdan   tidak di endahkan.
"Abang jangan ganggu hidup Mila!!! Pergi dari sini!!! Pergi!!! Jamilah meninggikan suara kepada Ramdan
"Sayang... Maafkan abang sayang... Abang tak sangka dia boleh cari abang sampai sini. Abang dah lupakan dia sayang." Ramdan memujuk dengan air matanya menitis ke bahu. Tiba-tiba Jamilah membuka pintu dan berlari keluar. Jamilah menolak Ramdan yang berada dihadapan pintu biliknya.

"Mila!!! Nak pergi mana tu! Tunggu abang!" Kata Ramdan. Jamilah tidak mengendahkan suara Ramdan. Dia meluru ke pintu besar rumahnya. Jamilah berlari dan membuka pintu besarnya lalu datang la sebuah kereta dan melanggar Jamilah dari hadapan. Jamilah tidak sempat mengelak dan kereta itu tidak sempat memberhentikan kereta. Jamilah terbaring di jalan dan kereta itu memcut laju meninggalkan Jamilah yang parah. Muka Jamilah berlumuran darah, usus perutnya  terburai keluar, tangannya putus dan kakinya terkulai. Cukup ngeri bila kita memikirkannya. Ramdan berlari kepada Jamilah.

"SAYANG!!! YA ALLAH!!! BANGUN SAYANG!!!" Ramdan meriba Jamilah yang dalam keadaan nazak. Darah Keluar dari mulut Jamilah dan tangan Ramdan menggeletar. Air mata Ramdan membasahi bumi tanpa henti.

"Tolong!!! Sayang... Bangun sayang!!!" Ramdan menjadi tidak tentu arah. Tiba-tiba Intan iaitu bekas kekasih Ramdan datang mendekati mereka.
"Padan dengan muka kau jantan tak guna!!! Ingat!!! Ni SUMPAH aku yang hidup kau takkan bahagia dan senang sampai bila-bila!!! Faham!!! Aku akan ganggu hidup kau sampai kau mati!!!" Intan gelak terbahak-bahak tanpa belas kasihan dan meninggalkan tempat kejadian. Beberapa biji kereta berhenti dan membantu Ramdan, ada yang menenangkan Ramdan dan ada yang menelefon ambulan.

"Sabar la bang, kuatkan semangat." Seseorang yang prihatin terhadap Ramdan. Dia memeluk Ramdan dan cuba menenangkan Ramdan. 
"Bini aku... Kenapa terjadi dekat aku!!!" Ramdan menjerit kerana tidak dapat menerima kenyataan yang isterinya meninggal dengan tragisnya. Tidak lama kemudian ambulan dan polis tiba, Ramdan di papah masuk kedalam ambulan manakala mayat isterinya di bungkus kedalam plastik hitam dan dimasukkan ke dalam Lan Rover Polis. Ramdan berlari keluar dari ambulan dan memeluk mayat isterinya. Beberapa polis memegang tangan dan badan Ramdan serta cuba menenangkannya.

"Sabar la encik, ketentuan ilahi. Tabahkan hati encik." Kata seorang polis
"Aku nak Mila!!! Aku tak peduli!!!" Jerit Ramdan kepada polis. Polis tersebut membawa Ramdan masuk kedalam ambulan dan doktor yang bertugas menyuntik ubat penenang kepada Ramdan. Perlahan-lahan Ramdan memejamkan mata.

Setiba di hospital, Ramdan tersedar dan menjerit tidak tentu hala.
"Mana bini aku!!! arrghhhhhhh!!! Aku nak jumpa bini aku!!!" Kata Ramdan. Doktor dan jururawat bergegas ke bilik Ramdan dan menenangkan Ramdan.
"Sabar la encik, isteri encik dah tak ada lagi. Kuatkan semangat." Kata doktor
"Bawa aku jumpa isteri aku la!!! Aku nak jumpa dia!!!" Kata Ramdan dengan marah
"Baiklah saya akan bawa tapi encik perlu bertenang." Doktor cuba memujuk Ramdan. Doktor memapah Ramdan ke bilik mayat, setibanya di bilik mayat. Ramdan nampak isterinya terbujur kaku di katil besi di bilik itu. Ramdan berlari dan memeluk isterinya.

"Sayang...Bangun sayang... Sayang bangun je kita pergi London ok sayang. Bangun la!!!" Ramdan seolah-olah tidak waras. Dia mencekik mayat isterinya.
"Bangun la aku cakap!!! Aku nak kau bangun Mila!!! Aku sayang kau!!!" Ramdan bertindak diluar jangkaan. Doktor memegang Ramdan dan menyuntik Ramdan dengan ubat penenang. Doktor memapah Ramdan ke biliknya. Doktor menelefon Hospital sakit jiwa untuk lakukan pemeriksaan terhadap Ramdan. Kelibat Intan kelihatan di hospital, dia gelak tanpa beals kasihan.

"Hahaha... Puas hati aku!!! Bini kau mati!!! Kau gila!!! Hahaha..." Kata Intan dengan suara yang kejam. Dia berasa puas apa yang telah berlaku terhadap keluarga Ramdan. Dia sudah bersumpah akan menggangu hidup Ramdan sehingga dia mati. Ramdan dibawa dengan ambulan ke hospital sakit jiwa. Ramdan separuh sedar. Mayat Isterinya diuruskan oleh pihak hospital dan dituntut oleh keluarga arwah Jamilah. Segala pengebumian diuruskan sepenuhnya oleh keluarga arwah. 

(AKAN BERSAMBUNG)