Ikutlah Kami Di Sini

Monday, 11 April 2011

Rintihan Kasih 4

Keesokan harinya. Ramdan memulakan rutin hariannya pergi kerja dan Jamilah mula mengemas rumah.


3 bulan berlalu dengan pantas, hidup mereka semakin bahagia. Pada satu hari di pagi Rabu, Jamilah mengemas rumah secara tiba-tiba dia berasa mual dan nak muntah. Dia bergegas masuk ke bilik air dan muntah. Jamilah menelefon Ramdan dan memberitahu keadaannya. Ramdan bergegas pulang, kereta Honda City nya seolah-olah dipandu ala-ala kereta Formula 1. 


"Alamak! Lampu merah kat depan!" Ramdan dengan selamba redah je lampu merah itu. Dia langsung tidak memikirkan peraturan atau undang-undang. Nyawa isterinya lebih penting dari itu. Setibanya di rumah. 


"Sayang! Where are you?!!" Jerit Ramdan di depan pintu
"I'm here darling..." Suara Jamilah sayup kedengaran.
"Sayang kenapa? Risau abang deh." Ramdan termengah-mengah akibat berlari tadi
"Muntah-muntah la bang, tekak loya je ni." Kata Jamilah
"Jom pergi klinik! Kita pergi sekarang ek." Kata Ramdan
"Ok bang." Sahut Jamilah


Setiba di klinik, Ramdan memapah isterinya masuk ke dalam klinik. Ramdan menguruskan segala pendaftaran Jamilah di kaunter klinik. Setelah selesai  pendaftaran, nama Jamilah di panggil masuk ke bilik doktor.


"Jamilah, sila duduk." Kata doktor
Jamilah menganggukkan kepala lalu duduk di kerusi itu.


"Puan sakit apa?" Kata doktor
"Saya muntah-muntah la doktor, tekak loya semacam je." Kata Jamilah dengan nada yang lemah
"Jamilah, ambil botol ni, buang air kecil dalam botol ni. Lepas tu kamu bagi dekat jururawat saya." Kata doktor sambil senyum ke arah Jamilah
Jamilah pun keluar dari bilik doktor lalu ke bilik air. Hanya Ramdan dan Doktor berdua di dalam bilik itu.


"Kenapa isteri saya doktor?" Kata Ramdan
"Don't worry, isteri awak sihat." Kata doktor
"Tapi kenapa dia muntah-muntah doktor! Saya pelik la..." Ramdan bingung
DOktor hanya tersenyum. Ramdan pula keliru serta bingung. Ramdan berkata-kata di dalam hati.


"Gila ke apa doktor ni! Isteri aku muntah-muntah! Boleh pula dia cakap isteri aku sihat!" Kata hati dari Ramdan


"Abang... Doktor..." Jamilah melangkah masuk ke bilik doktor
"Duduk la dulu, biar saya jalankan uji kaji air kencing kamu tadi." Kata doktor lalu beredar dari bilik


"Doktor ni cam tak betul je sayang." Kata Ramdan
"Haha... Pelik la abang ni. Kenapa abang cakap macam tu?" Jamilah pelik dengan kerenah Ramdan
"Tadi la abang tanya kat doktor, sayang kenapa muntah-muntah, boleh pula dia bantai cakap sayang sihat je!" Suara Ramdan tegas
"Dia kan doktor bang, dia lebih arif sebab dah ni tugas dia." Kata Jamilah


Tidak lama selepas itu, doktor masuk bilik.


"Tahniah encik, awak akan jadi ayah!" Kata doktor dengan begitu semangat sekali
"Betul ke!!! doktor tipu ni..." Kata Ramdan
"Cuba tengok muka saya yang suci lagi hensem ni! Ada nampak muka tipu ke?" Kata doktor
"Haha!!! Gila la!!! Aku jadi ayah doh!!! Perrrghhhh!!!" Ramdan melompat-lompat keriangan
"Ish!!! Apa abang ni!!! Tak senonoh la!!! Hahaha..." Jamilah gelak manja
"Terima Kasih doktor!!!" Ujar Ramdan


Mereka keluar dari klinik tersebut. 10 tahun penantian mereka cukup bermakna, akhirnya mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Ramdan melonjak keriangan. Mereka senyum hingga ke telinga. 


Setibanya di rumah.


(AKAN BERSAMBUNG)







2 comments:

  1. ada ke doktor yang buat lawak cam ni.. nk berkenalan boleh tak..kihkih

    ReplyDelete