Ikutlah Kami Di Sini

Tuesday 12 April 2011

Rintihan Kasih 5

Setibanya di rumah. Ramdan memapah Jamilah masuk ke kamar mereka.


"Seronok la sayang! Rumah kita tak sunyi lagi lepas ni!" Ramdan sorak kegembiraan
"Apa la abang ni, macam budak-budak!" Jamilah tersengih manja
"Biar la macam budak-budak pun, tu zuriat abang! Anak abang! weekkkk!!!" Ramdan jelirkan lidah
"Haha... Lawak la abang ni!" Jamilah ketawa terbahak
"Abang mandi sat, Mila rehat dulu. Nanti abang siapkan makanan untuk kita makan." Kata Ramdan
"Macam la abang pandai masak!" Tegas Jamliah
"Haha... See my leg la darling!" Ujar Ramdan


Selesai Ramdan mandi, dia terus ke dapur dan masak apa yang patut. Perasaan gembiranya tak hilang sampai sekarang. Ramdan memasak sambil bernyanyi. 


"Senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia, ana yang punya!!!" Ramdan menyanyi dengan riang. Tiba-tiba Jamilah jerit dari atas.


"Apa bang!!! Nak kawin lagi!!! Abang dah lama hidup? Nak makan parang ke samurai bang?!!" Nada tegas Jamilah. Ramdan mula kecut perut.
"Ish!!! Lagu tu kat radio la sayang! Tak kan la abang nak kawin lagi kot!" Ramdan "cover" baik punya
"Abang ingat! Jangan nak gatal-gatal ada pompuan lain! Kang tak pasal-pasal badan abang Mila kerat 7! Kepala kat Negeri Sembilan, tangan kat Melaka! Abang nak?!!" Jamilah meninggi suara
"Don't worry la sayang, tak kan la abang nak tambah lagi. Mila pun abang tak cukup tangan nak jaga." Kata Ramdan
"OK... Abang ingat! Jangan nak main gila dengan saya!" Tegas Jamilah
"Baik madam! Berita faham! Roger and out!" Ujar Ramdan


Ramdan menarik nafas lega, berpeluh-peluh dibuatnya. Ramdan terkenang kisahnya semasa zaman muda. Bekas teman wanita Ramdan amat meminati lagu Madu 3. Itu la detik-detik pengenalan mereka dari sebuah lagu.


"Time macam ni pula aku ingat Ex aku. Alamak! Mana la dia sekarang, tiba-tiba rindu pula." Ramdan mengeluh. Ramdan pun amik kisah tak kisah, dia terus memasak kembali. Hidup Ramdan cukup bahagia sekarang ini.


"kring...kring..." Telefon rumah berbunyi. Ramdan bergegas menjawab panggilan tersebut.


"Allu... Siapa di sana?" Kata Ramdan
"Boleh saya bercakap dengan Ramdan?" Seorang wanita dengan suara yang manja
"Saya Ramdan, siapa ni?" Tegas Ramdan
"Dan! Ni i la... Intan!" Suara wanita tadi yang dalam kegembiraan
"Intan mana pulak ni?" Ramdan Bingung
"Intan la Dan... Senangnya dalam hati! Kalau Ramdan beristeri dua! Hehe" Gelak kecil oleh wanita tersebut
"Mana u dapat nombor rumah i?" Ramdan mula gelisah
"Macam mana i dapat nombor u ke apa ke tu biar la rahsia." Ujar wanita tersebut.


Ramdan kecut perut! Jantungnya mula berdegup kencang! Kalau diketahui Jamilah berkemungkinan Jamilah akan mengamuk! Jamilah mengandung sekarang ni, Ramdan mula bingung. Hatinya mula runsing. Ketakutan mula terpancar di matanya. Ramdan terus letak ganggang telefon! Dengan pantas Ramdan mencabut wayar telefon itu.


"Mati aku!!! Mati!!!" Nada Ramdan yang cemas
"Apa aku nak buat ni! Bini aku mengandung! Time macam ni dia muncul! Chicken Chop!" Ramdan marah secara tiba-tiba. Suara Jamilah kedengaran


"Siapa telefon bang? Dia nak apa?" Kata Jamilah
"Tak ada apa-apa la sayang. Entah siapa entah. Salah nombor kot." Jantung Ramdan berdegup pantas.


(AKAN BERSAMBUNG)